My Blog List

Sunday 11 October 2015

My fair princess @ princess returning pearl



 Aku membesar dalam zaman 90'an,ketika masih disekolah rendah aku sudah tertarik dengan drama-drana dari negara china lebih-lebih lagi genre wuxia.pada masa tu cuma tv3 sahaja yg menyiarkan drama tersebut( lau saya tak salah,ingat-ingat lupe) Melalui slot "PEARL".dalam banyak -banyak cerita my fair pirincess menjadi perhatian aku lebih dari biasa. Confirm melekat depan tv walaupun kadang miss jugak sebb parents bising waktu nak dekat maghrib dah.hihihihi... and melekat terus sampai skrg. Bila remake drama nie dikeluarkan terus download sebab yg lame dah susah nak cari.
 Cerita drama ni berkisar tentang xiao yan zi dan ziwei yang menjadi puteri kerana satu insiden.Pada mulanya ku sangka kedua puteri ini ada dalam lipatan sejarah Beijing. Tetapi hakikatnya cuma dua watak  utama sebuah drama 17 tahun yg lalu. Cerita yg sgt famous sampai teringat walau dah dewasa. Sebuah drama romantic comedy yg penuh dengan pengajaran. Cinta,persahabatan, kasih ibu bapa,sengketa, dengki dan cemburu semuanya diadun menjadi sebuah drama yg cukup menarik. Sehingga aku cukup jealous dengan kedua dua watak diatas. Kagumnya aku pada mereka berdua kerana dapat meraih kasih seorg ayah   yang x pernah ditemui sepanjg  hidup mereka.... mereka menjadi anak emas raja qian long. Belum ade puteri raja yg diberi perhatian seperti mereka berdua. Sepenuhnya kasih seorg raja mereka perolehi. Dan yg speselnya... mereka berdua x pernah lupa asal usul... means, x lupe diri n tamak. Namun, pertalian antara anak dan ayah mengundang cemburu isi istana terutama permaisuri. Sentiasa mencari salah kedua dua puteri. Dalam kasih syg seorg ayah, mereka menderita kerana permaisuri punya angkara. Kedua puteri selalu bernasib baik kerana ada putera ke 5 iaitu yong qi dan er kang seorng panglima diraja melindungi dikala krisis melanda. Itulah cinta hati mereka. Banyak sungguh kasih syg yg mereka perolehi... jealous sungguh.namun atas satu kesilapan mereka dihukum pancung.mereka menolong gundik han xiang lari dari istana mengundang kemarahan raja .kedua dua puteri, yong qi dan erkang melarikan diri dengan bantuan rakan rakan dari luar istana.namun hati seorang ayah yang penuh rasa sayang menjemput mereka kembali ke istana.dtgnya dye sbg seorg ayah.... tolak ketepi gelaran seorg raja.

*banyak menangis cite nih
*banyak pengajaran

Tapi realitinya hanya sebuah cerita dongeng yang indah. Cantik seperti pelangi... manis seperti gula. Ambil yg jernih buang yang keroh.

Monday 14 September 2015

Losing my mind

Hmmmmm.....
 Losing my mind, ost my girlfriend is gumiho...  one of my favourite drama. Kadang terpike adakah lelaki seperti watak hero dalam drama nih. Terbawak-bawak dengan cerita nih, aku mula pasang impian untuk mempunyai dan memiliki lelaki seperti hero dalam drama uh walaupun aku tau ianya adalah fantasy semata. Bila sedar akan hakikat itu, menerima seseorang seadanya adalah perkara terbaik yg perlu kite aplikasikan.semua orang ada kelemahan dan kekurangan masing-masing.